top of page
  • Writer's pictureSudais Ferhard

Radio Midas Akhiri Musim Dengan Episod Finale

Penulis: Sudais Mohd Perhard

Penyunting: Nurul Asyiqin Rashid


Sumber: Radio Midas


BANGI, 24 Jun - Radio Midas, sebuah podcast terbitan pelajar Media Komunikasi (MENTION) University Kebangsaan Malaysia, telah menyambut pengakhiran musim dengan dengan episod finale, Radio Midas: All Star, yang mengimbas kembali pengalaman manis setiap kumpulan sepanjang enam minggu penerbitan podcast masing-masing.


Radio Midas: All Stars dirakam di Studio MENTION pada hari Jumaat lepas. Episod dihoskan oleh Ketua Radio Midas, Nur Aiman Syahmi Zainuddin, dengan penyertaan kesemua DJ Radio Midas yang terdiri daripada Foodie Wednesday, Crush or Crash, Inside Out, Borak Wednes-tea, Petak Mat!, #TOP5 dan Boss Babes.


Secara keseluruhan, sebanyak 42 episod Radio Midas telah diterbitkan. Menurut data Spotify pula, jumlah pendengar telah mencecah seribu orang sepanjang musim sepanjang musim.


Menurut penyelaras Radio Midas, Dr. Kho Suet Nie, “Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan hasil podcast Radio Midas untuk semester ini, terutamanya daripada segi publisiti, reels dan kandungan yang dihasilkan oleh setiap slot rancangan yang berbeza,


“Saya juga amat gembira kerana TikTok Radio Midas menjadi lebih aktif pada semester ini. Inisiatif daripada podcasters untuk memuatnaik video yang menunjukkan proses podcast juga amat memuaskan.”


“Bagi saya, tema untuk Radio Midas pada semester ini amat berbeza dan para podcaster amat konsisten dalam tema. Itu adalah kekuatan utama. Kepelbagaian kandungan daripada genre sukan, cinta, kisah pelik, berita terkini, makanan dan rancangan bicara juga merupakan kekuatan hasil podcast semester ini.”


Aiman Syahmi, 21, selaku ketua Radio Midas berkata, “Hasil Radio Midas sepanjang musim ini agak memuaskan, dikala waktu yang agak padat dengan tugasan yang lain, tetapi Radio Midas tetap kami lakukan sebaik mungkin kerana ini merupakan tugasan yang baru kami ceburi dalam industri media,


“Pengajaran yang dapat disimpulkan adalah bahawa tugas sebagai penyampai radio itu bukanlah satu tugas yang mudah. Pengetahuan yang luas dan bernas merupakan aspek yang perlu ditajamkan bagi seseorang penyampai radio,


“Perasaan yang juga tidak dapat dilupakan adalah semasa bertugas sebagai penyampai radio buat pertama kalinya kepada kami semua. Kami juga berharap dapat diberikan peluang untuk bercakap di konti radio pada masa akan datang.”


Dengarkan episod terakhir Radio Midas: All Star di Spotify.



43 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page