top of page
  • Writer's pictureSudais Ferhard

Radio Midas Kembali Dengan Nafas Baharu!

Penulis: Sudais bin Mohd Perhard

Penyunting: Nurul Asyiqin Ab Rashid

Sumber: Radio Midas


BANGI, 20 April - Musim pembelajaran fasa endemik kini semakin meriah dengan kehadiran siaran podcast Radio Midas terbitan MENTION Studios yang bakal dilancarkan pada 27 April 2022 ini.


Radio Midas merupakan rancangan podcast yang diterbitkan setiap tahun sebagai tugasan pelajar kursus Komunikasi Media di UKM. Semester ini, Radio Midas telah dijenamakan semula dengan visual ala-ala Netflix dan kandungan bertemakan gaya hidup golongan muda zaman kini dengan tagline, "Let's Vibe with Midas!".


Penyelaras Radio Midas, Dr. Kho Suet Nie berkata, "Imej Radio Midas untuk semester ini adalah sharp dan minimalis. Logo baharu yang melambangkan huruf ‘M’ di atas latar belakang hitam memenuhi kehendak imej minimalis berbanding imej bewarna-warni yang digunakan untuk semester yang sebelum ini,


“Dari segi kandungan, ia lebih kurang dengan semester lepas kerana fokusnya adalah terhadap golongan muda. Pada asalnya, Radio Midas memang disiarkan untuk pelajar mahasiswa dan merekalah audiens sasaran podcast kami."


Mengenai perkembangan populariti medium podcast, Suet Nie berkata, “Pada awalnya, Radio Midas berteraskan broadcasting, tetapi kini sudah beralih ke model narrowcasting khususnya dalam bentuk podcast,


"Model penyiaran pada zaman kini lebih memfokuskan kepada narrowcasting yang menekankan bidang khusus tertentu dan pemilihan kandungan bebas, berbanding broadcasting di mana pendengar mempunyai pilihan yang terhad."


Sumber: Radio Midas


Podcast Inside Out yang dihoskan oleh Nur Aiman Syahmi, Akmal Arfan dan Nur Farzana Nafiz merupakan salah satu daripada lapan rancangan podcast Radio Midas semester ini yang bertemakan standard kecantikan dalam kalangan remaja dan diinspirasikan oleh podcast The Teenage Life.


"Kami ingin meluaskan definisi kecantikan dalam kalangan remaja yang kurang keyakinan diri supaya golongan ini sedar bahawa cantik itu subjektif,” kata hos Inside Out, Nur Aiman Syahmi.


Sumber: Radio Midas


Selain itu, gossip merupakan tema podcast WednesTea yang diinspirasikan oleh podcast DIVE Studios, dan dihoskan oleh Yasmin Yunus, Fara Faziera, Chua Yung Qi dan Siti Syazreen.


"Podcast kami serba sedikit seperti ‘girls talk’ kerana dihoskan oleh empat orang ‘material girl’ dan topik borak santai merangkumi gaya hidup pelajar Komunikasi Media, isu viral di media sosial dan penampilan diri lelaki,” kata hos podcast WednesTea, Yasmin Yunus.


Rancangan podcast yang selebihnya pula antara lainnya membawakan tema makanan, sukan, gaya hidup golongan muda dan banyak lagi.


Siaran podcast terkini daripada Radio Midas boleh didapati di platform Spotify tidak lama lagi. Pendengar boleh mengikuti platform media sosial Instagram dan TikTok (@midasukm) untuk update terkini.


58 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page