top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Rezeki Petugas Media Diberi Ayam Kfc

Oleh: Arisha Mahazir Editor: Ashikin Yusri



BANGI, 7 Mac - politik dalam negara telah mencuri perhatian jutaan rakyat Malaysia melibatkan semua lapisan masyarakat. Belum reda lagi isu politik negara,timbul satu situasi yang menyentuh perasaan petugas-petugas media.


Kita semua amat terkejut dengan satu situasi pada 24 Februari lalu,dimana Setiausaha Sulit Bersara (R) Datuk Nazim Mohd Alim yang mewakili Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi ayam KFC pada petugas media yang bertugas ketika itu.


Jelas sekali Yang di-Pertuan Agong kita berhati mulia dan berjiwa rakyat kerana memahami kepenatan yang dialami oleh petugas media dalam menunggu keputusan daripada pihak kerajaan mengenai perlantikan perdana menteri baharu.Diharapkan ramai lagi yang akan mencontohi tindakan baginda dan tindakan baginda ini dapat menyatukan rakyat dengan lebih dekat.Walaupun seorang pemerintah yang tertinggi, Baginda tetap merendah diri dalam mendekati rakyat dan sentiasa memahami keadaan rakyatnya


Tindakan baginda telah melegakan petugas media yang kebanyakannya terpaksa menahan lapar sejak pagi bagi membuat liputan tentang kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memaklumkan mengenai perkembangan politik semasa.


Jelas terpancar kegembiraan di wajah setiap petugas media ketika itu apabila menerima ayam KFC untuk mengalas perut yang kosong.Perbezaan jawatan dan kuasa,bukan halangan bagi melakukan sekecil kebaikan kepada orang lain.Sekecil kebaikan itulah yang mampu membuat ramai orang tersenyum,tapi adakah kita sebagai rakyat biasa berhati mulia seperti Baginda?


30 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page