top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

‘Rookie’ Nuha Bahrin Syok Sendiri?

Oleh : Najwa Syuhadah Penyunting : Aisyah Masri

Sumber : Xtra

BANGI, 14 Nov - Pemenang Rookie Star Award Vokal Mania minggu ke-2 iaitu Nuha Bahrin teruk dihentam netizen di media sosial apabila persembahannya pada malam tersebut dikatakan seperti syok sendiri di atas pentas dan didakwa merosakkan lagu asal nyanyian Datuk Jamal Abdillah, Kekasih Awal dan Akhir.


Rata-rata netizen mengecam nyanyian beliau yang dianggap terlebih ‘show-off’ malah kemenangannya turut dipertikaikan. Video nyanyian Nuha secara langsung pada malam Vokal Mania tersebut tular di media sosial sehingga mendapat perhatian pengguna media yang tidak putus-putus meninggalkan komen berbaur kecaman.


“Aku macam tahu lagu apa yang dinyanyi masa Tomok nyanyi, masuk Nuha nyanyi dah lost balik,” tulis pengguna Twitter @imtootiredo.


Nadi Bangi memetik komen @melahlahhh yang mengatakan bahawa tidak suka mendengar Nuha menyanyi.


“Eeeeiiiii tak suka la aku dengar si Nuha ni nyanyi. Siapa punya idea bagi dia join #vokalmania,” komennya di Twitter.

Walau bagaimanapun, Nuha telah tampil memberikan komen di laman Twitter miliknya sehari selepas rancangan Vokal Mania berlangsung.


“Assalamualaikum semuanya, saya sedar persembahan saya sangat teruk semalam. Saya sangat gementar. Kepada semua yang menasihati Nuha, terima kasih dan kalau boleh doakan Nuha untuk lebih baik selepas ini.


“Nuha janji untuk berlatih lagi dan memperbaiki diri. Saya minta maaf kerana kalian perlu dengar persembahan saya semalam. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mengundi saya,” katanya lagi.


Pengguna-pengguna media yang sebelum ini pernah melihat video nyanyiannya yang dimuat naik di Instagram milik Nuha berpendapat bahawa beliau mempunyai vokal yang baik. Malah pada akhir tahun lalu, video nyanyian Nuha menerusi lagu Hurt telah tular dan mendapat perhatian penyanyi asalnya iaitu Christina Aguilera.


Nadi Bangi memetik komen daripada @sfeashra di laman Twitter yang mengatakan bahawa Nuha merupakan seorang penyanyi yang bagus dan pernah melihat beliau melakukan persembahan secara langsung beberapa kali di universitinya. Mungkin persembahan tersebut bukanlah persembahannya yang terbaik tetapi netizen pantang melihat sesuatu untuk dikutuk.


“Nuha ialah penyanyi yang berbakat. I have seen her live performance a few times dekat uni. This one may not be her best but you guys pantang sangat nampak benda nak dikutuk.” ujarnya.


Malah penyanyi muda terkenal, Naim Daniel yang merupakan juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) turut tampil memberikan kata-kata semangat kepada beliau di akaun Twitter miliknya.


“Tak mengapa Nuha, kita perlu ada kesilapan, untuk kita peka pada masa akan datang. Stay hungry. May Allah bless you always. #VokalMania,” komennya.

527 views3 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page