top of page
  • Writer's pictureAhmad Hasif Halimi

“Saya Harap Tiada Tindakan Berat Dikenakan Ke Atas Jurulatih Kami”

Penulis : Ahmad Hasif Bin Halimi

Penyunting : Chua Yung Qi


Sumber Foto: Twitter @PejaofPerak


BANGI, 2 Jan - Pemain bola tampar bagi pasukan Mastanah VC berharap bahawa tiada

tindakan berat dikenakan ke atas jurulatih mereka kerana jurulatih tersebut telah pun meminta maaf kepada pihak yang terlibat di samping jurulatih itu telah pun menabur bakti kepada pasukan tersebut selama 20 tahun.


Nadi Bangi sempat menemu bual seorang pemain bola tampar Mastanah VC secara eksklusif berikutan insiden video tular jurulatih pasukan Mastanah VC menampar pemainnya sewaktu Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun).


Nurriz Adriana, 16 tahun, salah seorang pemain bola tampar Mastanah VC menyatakan

bahawa pada hari kejadian, terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pemain ketika perlawanan dan perlakuan jurulatih tersebut tidak dapat dikawal.


“Selama ini tiada apa pun yang berlaku ketika sesi latihan, sifat tegas jurulatih itu biasa tetapi mungkin ketika itu jurulatih tak dapat kawal diri dan malangnya kejadian tersebut disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial Facebook,” katanya.


“Kami sebagai pemain bola tampar bukan terbiasa dengan insiden kejadian tersebut, ini hanya adalah berkenaan mental dalam bersukan, dan tamparan tersebut bukanlah kali pertama tetapi ianya jarang sekali berlaku ketika sesi latihan atau perlawanan,” tambahnya lagi.


Pada masa yang sama, pasukan bola tampar Melaka bawah 14 tahun (B-14) mempertahankan jurulatih mereka berikutan insiden video menampar pemain ketika kejohanan bola tampar yang tular di media sosial pada 16 Disember yang lepas.


Pasukan bola tampar tersebut mengeluarkan kenyataan mereka di platform media sosial Twitter dengan menyuarakan sokongan mereka terhadap jurulatih yang terlibat.


“Beliau bukan gemuk dan botak yang anda boleh hina. Beliau adalah jurulatih kami yang melatih kami daripada hatinya yang ikhlas sehingga kami berjaya mencipta satu sejarah baru untuk negeri Melaka,” ciapan Mastanah VC.


“Beliau juga berasa kecewa atas perbuatannya tetapi satu kesalahan yang telah beliau lakukan dan ini tidak akan menutup segala kebaikan yang telah dilakukan oleh beliau.


Untuk pengetahuan semua, isu ini telah lama selesai. Tiada hati yang terguris dalam kalangan para pemain dan juga ibu bapa kami,” tambahan ciapan laman Twitter Mastanah VC.


Pasukan bola tampar Mastanah VC juga memohon para netizen agar berhenti membuat

sebarang kenyataan atau komen berkaitan jurulatih yang menampar. Mereka meluahkan rasa bahawa netizen adalah orang luar yang tidak memahami perkara sebenar yang berlaku.


Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah mengambil langkah dengan menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut dan telah menggantung jurulatih terbabit sehingga siasatan kes selesai.

10 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page