top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Skuad Bola Jaring Negara Benam Singapura

Oleh : Husna Amir

Penyunting : Ang Xin Yi


Sumber : Google

MANILA, 7 DIS – Persaingan sengit perlawanan bola jaring Sukan Sea 2019 antara Malaysia dan Singapura akhirnya memberikan kemenangan kepada pasukan Malaysia dengan catatan mata sebanyak 48-42 menjadikan Malaysia sebagai juara bertahan sejak Sukan Sea yang lalu.

Pasukan Malaysia mengekalkan momentum dan terus mengejar mata meninggalkan pasukan Singapura selepas mata masing-masing terikat sama 21-21 pada suku kedua perlawanan tesebut.


Walaupun perlawanan pertama menentang Thailand memberikan prestasi yang kurang memuaskan meskipun ia memberikan kemenangan, namun pasukan Malaysia berazam untuk mengekalkan prestasi dan menambahbaik momentum permainan seperti yang dijanjikan oleh pasukan Malaysia.


“Walaupun ianya satu kemenangan pertama kepada Malaysia, tetapi saya melihat ada sedikit kesilapan yang dilakukan dan kami akan mengekalkan prestasi dan momentum kami untuk perlawanan yang seterusnya” kata An Najwa, pemain posisi Goal Shooter (GS) pasukan Malaysia.


Namun begitu, seperti yang dijangka bahawa skuad bola jaring negara akan menghadiahkan emas menjadi kenyataan selepas mempamerkan aksi perlawanan yang sangat memberangsangkan.


Keadaan tersebut dapat dibuktikan apabila skuad negara berjaya memenangi kesemua perlawanan yang menentang tuan rumah, Thailand, Singapura dan Brunei sekaligus memberikan rekod baharu kepada Malaysia.


“Perlawanan tadi merupakan satu perlawanan yang sangat baik oleh kedua-dua pasukan Malaysia dan Singapura, walaupun lama-kelamaan keadaan momentum pasukan semakin goyah, namun saya berkata kepada rakan sepasukan kita perlu habiskan semua ini. Kita boleh buat dan kita tak boleh sia-siakan peluang ini” kata Pow Mei Foong sebagai pemain tengah selepas perlawanan akhir.


Kejuaraan kali ketiga oleh skuad bola jaring negara dalam Sukan Sea 2019 memberikan kegembiraan kepada seluruh masyarakat Malaysia sekali lagi, sekaligus menjadikan pasukan Malaysia sebagai pasukan yang mampu bersaing dengan negara luar.

28 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page