Nadi Bangi
THE BANJARAN
Penulis : Madhumita Selvaraj
Editor : Poovaneswary Manoharan

Terfikir-fikir pasangan pengantin baharu yang masih berkira-kira di manakah
destinasi popular untuk berbulan madu atau pasangan suami isteri sedang mencari
lokasi percutian yang tenang lagi mendamaikan bagi menyambut ulang tahun
perkahwinan tidak perlu pergi jauh kerana memadai berada di The Banjaran di Ipoh,
Perak.
The Banjaran, merupakan satu tempat boleh melupakan vila mewah di Bali, Indonesia
atau mengeluarkan sahaja senarai resort lima bintang di Phuket dan Krabi di Thailand
yang dianggap destinasi percutian unggul bagi pasangan suami isteri selalunya.
Resort mewah di Sunway City, Ipoh itu ternyata menjanjikan ketenangan, kedamaian
dan suasana taman fantasi yang selama ini mungkin dianggap tiada di tanah air
sendiri.
Destinasi ini boleh dianggap sebagai 'permata' tersembunyi. Siapa sangka, di sebalik
keriuhan taman tema popular yang terletak bersebelahannya dan kesibukan lalu-lintas
di lebuh raya berdekatan, resort mewah yang dipagari bukit dan gua batu kapur serta
kolam mata air panas berusia ratusan juta tahun ini, rupa-rupanya taman fantasi yang
wujud di alam realiti !
Salah seorang pengunjung ke “Fantasi Alam” ini telah berkongsi pengalamanya iaitu
“segala-galanya yang membuat pengalaman tetamu positif berpunca dari budaya yang
tulen dan tumpuan pelanggan di mana pekerja merasa diberi kuasa untuk pergi ke atas
dan di luar tugas biasa mereka untuk membuat tetamu gembira. Setiap satu daripada
ahli pasukan di dalam pengunduran memanjakan kami, sentiasa berusaha untuk
membantu kami dengan permintaan kami. Dengan memberi tumpuan kepada bukan
sahaja menjadi perhatian dan responsif, tetapi proaktif, inklusif, menarik, dan dengan
menawarkan perkara-perkara utilitarian yang mudah, anda membina banyak muhibah
yang membawa banyak cara untuk meningkatkan taraf tetamu.
Semuanya, kami mempunyai pengalaman yang sangat peribadi di tempat berundur, bermula apabila kami membuat tempahan dan melanjutkan sepanjang penginapan kami.Manager dan
Chef eksekutifnya dan seluruh pasukan menyediakan perkhidmatan yang sangat peribadi dan tulen dan saya harus mengatakan bahawa penginapan di Banjaran Hotsprings Retreat pastinya pengalaman hotel terbaik saya yang pernah ada”.
Sebaik saja melangkah ke resort berkenaan, pasti berasakan diri seolah-olah
memasuki dunia lain. Suasananya bertukar sekelip-mata kepada resort yang sangat
tenang lagi mendamaikan, hanya kedengaran muzik perlahan irama romantik daripada
pembesar suara yang disembunyikan di celah-celah pokok, gua dan bukit batu kapur.
Sunguh indah kan ?
Bukan itu sahaja, kami telah pergi ke Spa Journey Melayu tradisional dan ia
berlangsung selama tiga jam penuh. Pakej spa terinspirasi Melayu ini bermula dengan
Tradisional Massage Urut Melayu dan diikuti oleh Himalayan Rock Salt & Clove
Compress.
Kebahagiaan berterusan dengan Scrub Boreh Tropical Boreh dan Tropical
Basil Kelapa untuk mengatasi dan melembutkan kulit, dan menyimpulkan dengan
Bath Malay Cream Bath dan pelembab Mandi Kelapa Susu. Hui - ahli terapi saya
sangat profesional, sentiasa memeriksa dengan saya untuk melihat sama ada tekanan
itu baik-baik saja.
Hutan hujan tropika, mata air panas, gua batu kapur dan lata air terjun yang memagari
persekitaran The Banjaran seluas 4.8 hektar itu wujud ratusan juta tahun lalu pada era
dikenali zaman Permian.
Terdapat air tawar yang terlarut ratusan juta tahun membentuk formasi bukit batu
kapur pada zaman purba era pertama, Paleozoic dan kini ia dikenali sebagai Gua
Meditasi dan Gua Kristal.
Persekitaran bukit batu kapur turut dihiasi landskap resort atau melalui proses
pemodenan paling minimum apabila 25 unit vila taman dan air serta kolam air
panasnya, mampu menambat hati pengunjung.
Paling unik ialah pembinaan restoran mewah, Jeff & Cellar yang dibangunkan di
dalam gua batu kapur The Banjaran! Lebih menarik keaslian atau formasi batu kapur
berkenaan masih dikekalkan.