top of page
  • Writer's pictureMuhammad Yusry Haiqal Yusof

Tiga kali tukar lokasi, Fahmi tidak menyalahkan mana-mana pihak

Penulis: Muhammad Yusry Haiqal Yusof

Penyunting: Nur Aiman Syahmi Zainuddin


Perekagrafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang mengadakan kelas demokrasi di C&P Coffee,Bangi - Sumber Gambar: Nadi Bangi


BANGI, 14 Nov- Hujung minggu lalu, seorang pereka grafik dan aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin dihalau ketika menjalankan kelas demokrasi di beberapa buah Institut Pendidikan Tinggi (IPT).

Sinar Harian melaporkan bahawa salah satu IPT telah tampil memberikan kenyataan yang mereka tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak Fahmi.

Disebabkan sekatan itu, Fahmi Reza bertekad untuk meneruskan kelasnya di sebuah kafe yang tidak jauh dengan kampus di Bangi itu.

Malah ada pelajar yang mengikuti kelas tersebut menyatakan bahawa mereka sampai terpaksa berpindah tempat sebanyak 3 kali.

Ada netizen yang menyertai kelas tersebut menyifatkan bahawa Kelas Demokrasi itu tidak melibatkan mana-mana parti politik dan mereka sifatkan cara pembelajaran yang diberikan oleh Fahmi Reza sangat ringkas tapi padat, mudah difahami.

Nadi Bangi sempat mengikuti kelas demokrasi yang dibuat oleh aktivis tersebut pada hari Khamis yang lalu serta berjaya menemuramah Fahmi Reza berikutan isu dihalau ketika melakukan kelas demokrasi di beberapa buah IPT di Malaysia.

“Tujuan utama kelas ini dijalankan bagi membuka mata masyarakat terutamanya mereka yang baru pertama kali keluar mengundi untuk memahami dan meningkatkan rasa tanggungjawab dalam memilih tampuk pemerintahan negara”.

Aktivis tersebut juga kesal dengan apa yang telah berlaku namun tidak menyalahkan mana-mana pihak memandangkan beliau sendiri yang tidak membuat sebarang permohonan untuk mengadakan kelas tersebut.

“Sedih juga apabila diiringi keluar dari situ oleh polis bantuan tetapi saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana saya sendiri tidak membuat permohonan untuk mengadakan kelas demokrasi tersebut”, katanya.

Pereka grafik tersebut sempat memberikan ucapan terima kasih kepada pemilik kedai yang memberi peluang kepada beliau untuk menjalankan kelas demokrasi dan menyeru anak muda terutama mereka yang pertama kali mengundi untuk keluar mengundi.

“Saya sangat berterima kasih kepada pengusaha kedai yang menyediakan ruang kepada saya untuk menjalankan kelas demokrasi ini.

“Perjuangan masih perlu diteruskan, ramai lagi anak muda terutamanya mereka yang belum pernah mengundi untuk mengetahui dan mengambil berat tentang politik negara kita seterusnya berjaya memilih kerajaan pada masa akan datang dengan lebih baik kerana kuasa ada di tangan rakyat”, ujarnya ketika ditemuramah menerusi laman sosial instagram pada 14 November yang lalu.



25 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page