top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Triple Choc Corndog Hanya di Bookworm Cafe UKM

Oleh: Nur Sahira Omar

Penyunting: Wong Sze Wen


Sumber: Sahira Omar

BANGI, 24 Nov - Bookworm Cafe Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkenalkan menu baharu iaitu Triple Choc Corndog dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan pada hari pertama menu itu diperkenalkan pada 18 November lalu.


Triple Choc Corndog itu adalah kombinasi coklat dan keju yang pasti dapat menarik minat penggemar corndog dengan jaminan tidak kedekut coklat dan semestinya akan memberi kepuasan kepada pelanggan yang memakannya.


Pelanggan dapat membeli corndog ini dengan harga pengenalan hanya RM6.90 dan mereka juga menawarkan harga diskaun bersempena dengan menu pengenalan mereka pada hari Isnin dan Selasa minggu pengenalan menu tersebut.


Olahan menu baru ini adalah ilham daripada pemilik Bookworm Cafe itu sendiri yang mana mereka menggunakan keju mozzarella dan coklat bar yang menggantikan hotdog seperti yang terdapat dalam corndog biasa.


Menurut pemilik Bookworm Cafe, Farhad Abdul Rahim, 38, berkata “Kami masih cuba untuk memberikan tawaran yang bersesuaian dengan target pelanggan kami iaitu para pelajar, oleh itu harga yang diberikan juga adalah sangat berpatutan dengan kepuasan dapat menikmati coklat leleh dan keju.”


Katanya juga, “Pada hari pertama penjualan ini mendapat jualan sebanyak sembilan puluh satu triple choc corndog dan ini menunjukkan menu baru ini mendapat sambutan yang agak baik daripada pelanggan kami.”


Najmi Azri, 21, antara pelanggan Bookworm berkata, “Saya sangat suka dengan olahan rasa yang terdapat dalam corndog baru ini dimana saya pasti penggemar coklat akan menyukai corndog ini kerana coklatnya sangat banyak dan cair di mulut.”


“Saya adalah antara penggemar corndog dan saya sangat menggemari corndog yang dijual di Bookworm Cafe ini dengan rasa yang lain daripada yang lain dengan harga yang sangat berpatutan sesuai dengan bajet pelajar,” Ujar Syafiah Amri, 23.


Rata-rata pelanggan yang membeli corndog ini memberi respon yang positif dan ramai yang menggemarinya.


Menurut pemilik Bookworm Cafe, Bookworm Cafe akan membuat pelbagai lagi olahan menu baru pada masa akan datang yang pasti akan menarik lebih ramai pelanggan dan penggemar corndog untuk datang ke cafe itu.

50 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page