top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

E-Sukan : Penyertaan Luar Biasa dari UKM

Penulis : Nazrin Zulkafli

Penyunting : Muhammad Sahrul Fahiz Bin Mat Ariff


BANGI, 13 OKT - Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memberi sambutan yang luar biasa terhadap kejohanan e-sukan U Mobile’s Mobile Legends Campus Championship 2019 yang dijalankan baru-baru ini.


Pengurus Pemasaran U Mobile, Anita Neo, 36, berkata penyertaan daripada UKM tersebut adalah yang paling menggalakkan daripada Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang lain.


“Daripada 22 kampus yang terpilih, UKM merupakan kampus teramai yang menghantar wakil di dalam acara ini yang mana melibatkan 60 pasukan daripada 150 pasukan secara keseluruhan.”


“UKM, Bangi merupakan antara salah satu kampus yang mana pelajarnya menggemari e-sukan terutamanya Mobile Legends dan ia telah dibuktikan dengan pencapaian yang hebat daripada mereka sepanjang tahun ini.”


Ashif Halaj, 21, pelajar SarjanaMuda Kejuruteraan Mekanikal tahun 3 menyatakan perasaan gembiranya apabila memenangi pertandingan ini di peringkat kampus UKM, Bangi.


“Saya berasa gembira kerana dapat mewakil UKM dalam acara ini dan akan membuat sehabis baik di peringkat final yang akan datang dan membuatkan universiti berasa bangga dengan pencapaian tersebut.”


“Saya juga tidak menyangka akan kemenangan ini kerana terlalu ramai peserta yang melibatkan diri, dan Alhamdulillah kali ini rezeki berpihak kepada kami yang hanya berlatih pada waktu tertentu kerana sibuk akan kelas dan tugasan yang terlalu padat.”


Menurut Aidid Farhan, 21, pelajar Sarjanamuda Syariah tahun 2 merupakan antara peserta yang terlibat memberikan respon yang positif terhadap aktiviti E-Sport yang dijalankan.


“Saya mengetahui akan program ini menerusi perkongsian di laman sosial Instagram dan mengajak rakan-rakan saya untuk turut serta membentuk satu pasukan.”


Haziq Fikri, 22, Sarjanamuda Komunikasi Media tahun 3 merupakan pengunjung yang turut bersama-sama memeriahkan program tersebut. Katanya walaupun tidak menyertai aktiviti tersebut, dia berasa seronok dan memberikan sokongan yang baik kepada pasukan kegemarannya.


Di peringkat akhir kampus UKM, Bangi kumpulan Ultra Instinct berjaya menundukkan kumpulan Leviathan dengan kumpulan mata 2-0. Pemenang di peringkat kampus membawa wang tunai sebanyak RM1,000


Sementara itu, pemenang keseluruhan di antara kampus akan membawa pulang hadiah utama berjumlah RM 10 ribu beserta lima unit Razer Phone 2. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000 dan RM 2,000 masing-masing.

51 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page