top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

UKM Edar Makanan Percuma Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Updated: Mar 21, 2020

Oleh: Syukri Mazli

Penyunting: M.Nuraiman


Sumber: Encik Asyraf Radzwan


BANGI, 20 Mac - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan makanan secara percuma kepada para pelajar di kolej-kolej kediaman melalui kafeteria mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020.


Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pusat Zakat UKM akan mengagihkan makanan kepada para pelajar di kolej-kolej kediaman melalui kafeteria yang beroperasi sepanjang tempoh perlaksanaan perintah kawalan pergerakan ini. Jadual pengambilan makanan terbahagi kepada tiga iaitu sarapan pagi (8.00 pagi-10.00 pagi), makan tengahari (12.00 tengahari – 2.00 petang), dan makan malam (6.00 petang – 7.00 malam).


Menurut Timbalan Pengarah Pengurusan HEP UKM, Dr. Shahrul Nazmi Sannusi, “Inisiatif ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman. Kami berharap agar bantuan ini dapat mengurangkan beban pelajar.


“Bagi kafeteria kolej yang tidak beroperasi, penyediaan makanan akan diuruskan oleh kafeteria yang berdekatan. Makanan akan disediakan dalam bentuk 'packed food' untuk mengelakkan perhimpunan di kafeteria kolej.


Seiring dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pelajar digesa untuk menikmati hidangan di bilik sahaja.


"Tidak perlu keluar ke mana-mana, dengan cara ini anda terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini InsyAllah dapat dibendung.


"Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan. Bukan untuk membolehkan anda balik ke kampung, penuhi jemputan kenduri, beli belah di pasar raya, bersiar di taman atau bercuti di tempat peranginan.


Muhyiddin berkata, jika penularan Covid-19 gagal dikawal, kerajaan tiada pilihan kecuali melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan. Perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan selama 2 minggu kerana virus itu mempunyai jangka hayat inkubasi 2 minggu.


“Oleh itu, adalah penting bagi kita semua mengasingkan diri dan keluarga daripada terdedah kepada virus Covid-19 dengan berada di rumah,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen malam semalam.

52 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page